Monday, July 5, 2010

Apa itu pita ukur?


Merupakan alat yang paling mustahak apabila mengambil ukuran-ukuran di badan. Panjang pita ukur biasanya 150cm. Gunakan pita ukur yang diperbuat daripada plastik lembut atau kaca fabrika (kaca gentian) ataupun kain minyak kerana pita yang diperbuat dari bahan-bahan yang di sebutkan tadi tidak memeri dan mengecut. Pita ukur yang murah dan kurang baik mutunya kadangkala akan berjerumbai dan memeri. Dihujung dan pangkalnya berlubang serta mempunyai logam. Logam ini menolong pita itu betul-betul terletak di atas permukaan apabila anda mengukur semasa membuat rajah-rajah dan pola. Ia juga mengelakkan pita ukur daripada berjerumbai pada hujungnya. Seelok-eloknya carilah pita ukur yang mempunyai nombor di kedua-dua bahagian pita ukur.

No comments:

Post a Comment