Assalamualaikum w.r.t dan Salam Sejahtera, terima kasih kerana sudi melayari blog saya pada hari ini. Saya ingin berkongsi pengalaman dan ilmu saya telah pelajari selama 10 tahun. Saya harap anda memahami ilmu yang ingin saya kongsikan bersama anda. Selamat Mencuba.....
Thursday, July 8, 2010
Wednesday, July 7, 2010
Tuesday, July 6, 2010
Apakah kegunaan Sesiku (L-Square) dan Pembentuk (Curve)?
Alat mempunyai susut 90 darjah ini diperbuat daripada kayu atau plastik. Tanda angka-angka boleh didapati daripada kayu dan plastik. Gunanya alat ini bagi mendapatkan sudut 90 darjah sewaktu membuat pola. garisan-garisan asas sangat mudah didapati dengan menggunakan alatan ini. Alat ini boleh membuat pecahan-pecahan ukuran yang tertentu seperti mendapatkan garisan lubang lengan,garisan leher dan garisan cawat untuk seluar.
Pembentuk (Curve)
Alat pembentuk yang diperbuat daripada kayu atau plastik. Panjang pembaris ini adalah 60cm. Bentuknya bengkok menolong anda membuat bentuk-bentuk pola seperti pinggang, rusuk dan kelim seluar semasa menyediakan pola.
Monday, July 5, 2010
Apa itu pita ukur?

Merupakan alat yang paling mustahak apabila mengambil ukuran-ukuran di badan. Panjang pita ukur biasanya 150cm. Gunakan pita ukur yang diperbuat daripada plastik lembut atau kaca fabrika (kaca gentian) ataupun kain minyak kerana pita yang diperbuat dari bahan-bahan yang di sebutkan tadi tidak memeri dan mengecut. Pita ukur yang murah dan kurang baik mutunya kadangkala akan berjerumbai dan memeri. Dihujung dan pangkalnya berlubang serta mempunyai logam. Logam ini menolong pita itu betul-betul terletak di atas permukaan apabila anda mengukur semasa membuat rajah-rajah dan pola. Ia juga mengelakkan pita ukur daripada berjerumbai pada hujungnya. Seelok-eloknya carilah pita ukur yang mempunyai nombor di kedua-dua bahagian pita ukur.
Subscribe to:
Posts (Atom)